Tuesday, October 5, 2010

jom belajar tentang ibadat haji=)

agak malu dengan diri sendiri bila berkerja dengan TH tapi masih terkial2 mengenai ibadat haji...sebenarnya perlu banyak belajar lagi...jom kita sama2 belajar=)

apa itu haji?

menurut Dato' Ismail Kamus..dari segi bahasa haji beerti BERZIARAH...manakala dari segi syarak pula haji ialah mengunjungi BAITULLAH di Mekkah untuk melakukan beberapa amal ibadah pada bulan haji dengan rukun dan syarat tertentu sebagai perlaksanaan rukun islam yang kelima...

sesungguhnya menunaikan fardhu haji adalah wajib bagi mereka yang berkuasa...

syarat wajib mengerjakan haji?
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Merdeka
  5. Berkuasa
Apa pulak rukun Haji?

rukun haji ialah teras yang perlu dilakukan oleh setiap jemaah haji. sekiranya satu rukun ditinggalkan secara sengaja atau terlupa maka ibadah hajinya tidak sah dan wajib diulangi pada tahun yang lain...kat bawah ni ada enam rukun haji=)
  1. Berniat Ihram Haji
  2. Wukuf (berhenti) di Arafah, mulai tergelincirnya matahari (waktu zuhur) 9 Zulhijjah sampai terbit fajar pada 10 zulhijjah
  3. tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali
  4. Saie di antara bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali
  5. Bercukur sekurang-kurangnya memotong tiga helai rambut
  6. tertib bagi sebahagian rukun
wajib haji tu macam mana?

adik2...wajib haji ni kalau tertinggal hajinya sah...tapi wajib bayar "Dam"...wajib haji ada enam;-

  1. Ihram di Miqat..
  2. bermalam di Mudzalifah
  3. melontar Jamratul Aqabah di Mina yang waktunya 10 Zulhijja(pukul 12mlm ke atas)
  4. bermalam di Mina
  5. Melontar ketiga3 jamrah pada hari 11,12 & 13 Zulhijjah (Jamratul ula, wusta dan Aqabah)
  6. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang semasa berihram
okla...akak sambung pulak nanti berkenaan jenis-jenis haji, tahalul, mikat maqani(Tempat), dam, sunat2 haji dan perkara2 yang membatalkan haji..

jom tgk pic di bawah yer=) praktikal ibadat haji di Malaysia..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...