Tuesday, January 19, 2010

Hari Ini Milik Anda





Saya Amik kata-kata di bawah ini daripada buku LA TAHZAN aka DON'T BE SAD aka JANGAN BERSEDIH:

Penulis: Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Muka Surat: 11 Jilid 1

buku tersebut berbicara:-

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan megucapkan: "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. aku tak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari munkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

"Hari ini milik anda"..adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagian kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan..


kata Hati Saya:-

..Hati saya tengah gundah gulana..bila saya baca kata2 ini membuatkan saya sedar yang tidak perlu lagi saya kenang sesuatu yang berlalu dan bakal terjadi pada hari esok..maka hari ini saya isi kekosongan hati saya dengan membaca siri penyejuk hati tersebut..saya harap saya kuat untuk menghabiskan bacaan saya hingga ke muka surat yang terakhir...Terima Kasih Dr 'Aidh & Noraine..anda telah merubah seseorang menjadi lagi baik... dan harap perubahan itu berterusan..InsyaAllah

Bersihkan Hati:)

Dyra

Sunday, January 17, 2010

xcident oh xcident






sangatla sedih tak tau nak cakap ape..
hanya gamba yg mampu berkata-kata

Tuesday, January 12, 2010

La Tahzan..

Ya Allah...
ku mohon padaMU...kuat kan dan tabahkan hati kakakku menghadapi segala dugaan yang kau berikan...moga rohnya tenang di sana..Qysha Rania Binti Azim...

Saturday, January 9, 2010

menu hari ini:)


Ayam black papper

Bahan-bahan
  1. bawang merah dan putih secukup rasa
  2. kicap
  3. sos tiram
  4. minyak
  5. air
  6. 1/2 cawan tepung gandun/tepung jagung
  7. ayam
  8. black papper secukup rasa
  9. garam dan gula secukup rasa
cara-cara

  1. gaul ayam dengan garam kemudian goreng ayam terlebih dahulu
  2. tumis bawang sampai kekuningan
  3. masuk kicap dan sos tiram
  4. letakkan sedikit air
  5. letak garam dan gula secukup rasa
  6. amik tepung dan air. kacau sampai takde ketulan. kemudian masukkan dalam campuran yang sedang ditumis. (tepung ni untuk pekatkan kuah)
  7. kacau dan bila dah agak pekat masukkan black papper secukup rase
  8. last sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
  9. kemudian makanla apa lagi..haha:)



Kerabu pucuk paku citarasa Hajah Rokiah:)

Bahan-bahan

  1. Seikat pucuk paku
  2. bawang merah secukup rasa
  3. ikan bilis
  4. cili padi secukup rasa
  5. kerisik
  6. santan
  7. Limau kasturi
  8. garam secukup rasa
  9. black papper secukup rasa

Cara-Cara

  1. tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis
  2. racik dan celur pucuk paku. kemudian toskan airnya
  3. perah kelapa ngan air suam untuk mendapatkan santan
  4. campurkan bahan yang telah ditumbuk kedalam pucuk paku yang telah ditoskan. kemudian masukkan santan yang telah diperah. masukkan kerisik, garam n balck papper secukup rasa. perahkan limau kasturi.
  5. gaul sehingga rata..
  6. sedia untuk dimakan...

inila aktiviti hari ini..busan takde buat apa..masakla..kalo hari kerja usah harap nak rajin macam ni..kebetulan hari ni tak balik rumah mak..so masak yang ringkas2 je..tinggal pon berdua je..huhu..pada yang nak mencuba senang je..simple je resepi ni..resepi orang bujang..akceli dah busan asyik makan luar je..rajin bangun pagi p market arini..jumpe plak pucuk paku..ingat nak buat butter prawn tapi banyak sangat bahannyer..nanti cube plak lain kali:)

ok selamat mencube yer:)

Dyra

Wednesday, January 6, 2010

2009 dalam kenangan..hai 2010

saya nak mulakan hidup baru..
lupekan 2009..pandang ke hadapan..
moga rezeki melimpah buat saya..
moga cinta ALLAH masih bersama saya..
moga iman saya masih bersama saya..
moga amal saya bertambah..
moga hidup saya diberkati selalu..
moga die dan die bahagia selamanya..
moga hati dia terbuka untuk berubah..
moga segalanya dimakbulkan ALLAH..

amin,

saya perlu berubah:)

Dyra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...