Tuesday, March 31, 2009

Rahsia Hati Sofia ..email from kak Naz...

Email ini dari kak Naz penulis buku Lili Buat Najah...


Assalammualaikum para sahabat Tinta Hati,Ingin dikongsikan khabar gembira ini dengan semua kelahiran buah hati kedua saya, Rahsia Hati Sofia. Ia akan dijual bermula 17 April ini bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC sehingga 26 April nanti. Jualan secara online dari laman sesawang Jemari Seni akan bermula pada 27 April.Bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh membuat pesanan RHS lengkap dengan TT, bermula 20 April 2009. Pengeposan akan dibuat dalam masa seminggu selepas menerima bayaran. Harga belian online ialah RM19.00 sahaja dengan pos percuma.


Salam Sayang,Nazurah Aishah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah… Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
+ + +
NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!
Tak sabar rasanye nak tunggu novel ni..so bulan ni ku akan simpan budget untuk beli novel ni..besenye setiap bulan ku akan beli novel..bulan ni kena beli lambat sket demi mu kak NAZ..hopefully leh jumpa kat pesta buku k..daaadaaa..
sambung wat keje..

Sunday, March 29, 2009

Konvo Epy..

sabtu 28.03.09..konvo epy kat Putrajaya international convention Centre (PICC)...perhhh..sangatla penat..rasa macam nak pengsan la plak..kul 6 dah kena mangun..kena tunggu turn nak mandi sumue..kul 9a dah kena ade sane..kul 8.30am br gerak..cam bese amy bawa keta laju tak ingat..huhu..

mak ngan abah jek leh masuk dewan...so kami pon lepak2 kat cafe jek..tengok epy kat tv yg die sediakan kat cafe..sakit pinggang ku dok lame..dahla..peot..adehla..kami sumue jaga Rayyan anak epy..budak kecik yang sangat baek perangainye..tak pernah nak ngamuk..diam jek die..dah ar ramai orang..aku lak yang rimas..ngan ade pameran kawen..lagi ar bertambah ramai..jumpa eim ngan awek die..erm sombong ar awek dia..tak kose ku..depa g tgk pameran kawen tu..erm..ku ni tego jela sebab membe lame...blueekkk...benci ku nengok orang sombong camtu..aahhh lupakan..

bile kebosanan dah tahap cipan..ku pon ajak kak rara jalan2..budak ni nakal ya amat..sempatla dia pau ku donut..ku pon belilah..seb baek die makan..kalo tak makan ku dah gigit idung die..geram ku..semua benda dia nak..peh tu..dok turun naek escalator..ku kenala kejar dia..t kot jatuh ke hilang ke ku gak yang susah..

lambat gle baru abes..then abah cam dah tak larat...dia kuar dewan..then ajak kami makan..layan ar nasi beriyani lauk daging..takde ar sedap sangat..tapi sebab dah lapar abes gakla nasi tu ku makan...sampai umah kat kul 4.30pm..peott aku dah makin parah..aku meringkuk macam pe jek..adeh sakit sehhhh...tdo sampai kul 8.30pm..bangun sebab layan AF7..heheh.

huhu..k ar ...layan la pic kat bwh ni...








jumpa lagi laen entry..muahahahhaha

Friday, March 27, 2009

Rindu pada Dia jugak :)

budak yg suka gaduh ngan ku.makder nye ini...
die malu nak senyum nampak gigi..nanti nampak gigi yg tak cantik tu..
sorry makde terpijak cap bukit merah ni..:(


cam seronok jek men air dak ni..takmo naek ni..takmo balik..nak tdo kat bukit merah lagi katenye...


lepas geram sebab tak dapat naik chair lift..makder..tangkap gambar kakak kat sini bole..alahai..boleh sayang..




Anak siapa la ni :)

layan jek aksi budak kecik ni..:)


ni dia dah mula nak gelak...


ni dah gelak besa..nomei..cubit kang...


Thursday, March 26, 2009

Driver Bus Biru Itu..:)

erm..erm..erm..

lik nek bus tadi..tak terasa ngantuk lansung..besenye ku mesti membuta sampaila jalan ampang..arini leh plak layan tv3..nengok senario..then SPA Q..layan jek:)...

bile sumue orang turun kat wisma time tinggal ar ku ngan adik layan jek driver bus biru itu..haha hebat sungguh driver bus biru itu..bisa jadi dokter..bisa jadi ustaz..nasihatnya sebagai dokter:-
ceritanya bermula bila ada sebuah kereta import main ba ba chak depan bus biru..di belakang cermin kereta itu ada pelekat universiti oxford..driver bus biru pon mula berkata "belajarnya engineer..belajarnya lawyer..tapi tak tau undang-undang jalan raya..gaduh ngan bini..gaduh ngan laki stress sampaikan ke jalan raya..." sambungnya lagi.."jalan raya perlu dijiwai..bla...bla.bla..."aku n adik gelak sampai nak pecah perut..dia cakap pulak.."ini WAHID tak belaja institute bole jadi dokter ni"..kami sambung gelak lagi...

ku ingat cukup sampai di situ...kali ni driver bus biru nak jadi ustaz..ade satu umah yang agak usang kat area desa pandan..kata dia.."ini rumah orang pemalas..kalau dia beli satu hari satu bata bole cantik itu rumah..boleh selesa"..ku pula jawab..."kalo dah dia takda duit macam mana nak beli.kalo makan tak cukup macam mana nak beli batu bata."dia jawab pulak tak nak kalah.."mana boleh takda duit..kalo saya jual gelang pon bole untung RM6 satu hari bole kumpul tul beli batu bata"..ustaz ni dah mula nak bagi tazkirah..siap cakap lagi.."kalo buat sesuatu kena mulakan ngan niat.."...tapi akhirnya dia kalah dan malu jugak..sebab ku n adik cakap..itu bukan rumahla..itu store"...aku gelak besar lagi...bagus jugak die...membebel pon ade gak pengajaran yg ku dapat..:)

kadang2 dalam idupkan..kita tak bole pandang rendah ngan org yg takde pendidikan tinggi..orang2 macam ni ade banyak pengalaman susah senang yang die lalui..sampai ampang park agak lewat...dekat kul 7pm..then rase nak tgk ending SPA Q..layan kat Mc D je...jumpe azek..huhu..tapi aku lepak ngan adik , sis rena & sis Fizah..tet..benci ar..ending SPA Q tak besh..dushh..dussshhh..

sampai umah epy ajak g Tesco..malas ya Amatz..tapi g gak..aku takde wit..so aku tak minat nak jalan.aku volunteer jaga Rayyan..budak kecik ni budak paling senang nak jaga..nomei makde..

kla mata semakin kuyu n layu..tido dlu..selamat malam sumue:)

Ku Amik dari email Kawanku...:)


"Kite renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya..

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih.. kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.
Ulasan:Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.


Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa! bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai
credit to kak Farah..thanks for the info :)
yang baik kita amik..yg tak baik kita buang jauh2 k..

Monday, March 23, 2009

Ku rase nak naik angin ni!!! :(

ku dahla pokai..ade lak benda yg tak best didengar..gaji masuk lambat bulan ni..ish sangatla pening..cane nak watni..adeh..wit cukup makan jek ni..harap2 takde pape yang berlaku..haila..pening otakku..nak bayar hutang banyak lak bulan ni..adeh mak..tulun..!!

Hari Isnin yang ngantuk..:(

Ku malas sangat nak keje..arini esok..luse..dan masa depan..ade membe ku cakap “ko ni kan cari jela BF then ajak kawen terus..peh tu ko jadi jek full time housewife” :).. ku tak kesah je kalo dapat laki kaya..erm nyampah ar..tukar topic k..

Ku nak cite pe jadi semalam..sabtu lepas ku tdo..online jup..tgk tv..then kakak ku yg sengal itu lik umah dalam kul 7.00pm..tekejut ku..rupenye eyfa pon ade ngan anak die aka budak bucuk rara..hehe..die pujuk ku ajak lik umah parent kat Pahang..malas bangat sehh!!! Da ar ku ngah pokai..tapi akhirnya ku termakan gak pujukan rayu eyfa..ku pon lik umah..:)

Then tanpa ku tau..rupenye nak g wedding kat kuantan..ya tuhan..malas ya amatz..rase cam nak lik kl semule..ku terpaksa batalkan appointment ngan kak aida..sori sis..ade benda yg lagi penting..nak wat canekan..lagi pon sabtu tu besday mak..so tak elok la nak hampakan depa..ku lik gak umah..tapi dah takde surprise party coz dah celebrate ngan besday abah last Thursday…just makan2 jek..tu pon abah tapaukan..hehe..ku apa lagi satu ari tak makan..ku entam jela..lapar sangat..

Kla ade tanggungjawab yg menuntut untuk dilakukan..eceh..

Nanti ku upload pic besday party tu..best sangat makan ikan siakap 2 musim..kalo ku ade masa malam nanti ku upload pic..dada..nak sambung wat keje yg tak penah nak abes ni..tak suka tak suka!!!!!

Saturday, March 21, 2009

Hidupku Busan di hari Sabtu :)

Ku pernah lepak2 ngan otai2 time..ade pangkatnye CFO ade pangkatnye manager ade pangkatnye senior exec..sumuenye dah kawen..dan ade rasenye layak aku panggil auntie..huhu..

then depa buka topik bese..KAWEN!!! soalan cepu mas yg ku kena jawab..

dyra dah ade ke single lagi..ayat yg ade dalam skema jawapan.."SINGLE n AVAILABLE"..ku sbnrnye dah penat..dah tak larat nak jawab soalan tu..leh tak tanye soalan len x?? nila kan..kalo single tanye bile nak kawen..kalo dah kawen tanye lak bile nak ade anak..adeh..inilah idupkan...

depa nasihatkan ku kumpul asset dari sekarang..beli umah..wat investment..yup ade betulnye..ku masih mude..lom banyak komitmen..erm..tapi mampukah ku??

erm..ku single again..ku cam dah nak serius dengan die..tapi ntahla..huh..ku takle blah ar..ku tak suka dikongkong..ku tak suke komitmen agaknye...nape ape yg kita nak tak slalonye kita dapat? ape ku ni tak bersyukur ke?ku dah mls nak fikir dah pasal die..pasal orang len..ku macam dah takde kawan..macam sendiri..yelakan..kawan nak begelak ketawa tu ramai je..tapi kalo yg nak same2 sedih tu mcm takde...pape pon ku doakan sumue kawan2 ku bahagia..yg mane dah ketemu partner idup korg..well done babeh!!! last week elin baru jek kawen..tapi sowi ku tak dapat datang bebh..:( kakak ku pulak kawen kat kedah..kat bawah ni nanti ku letak pic mase kat kedah..layan jek k..:)


Entry ku yg pertama :)

dah lama sebenarnya ku ingin mencoret rase..sebelum ni ku hanya suke mencoret di blogku di friendster..ku rase seronok plak bile dapat menghasilkan blog ni..lepas ni bole la ku tulis, kongsi, bercerita, dan sumue yg ku suka..perut ku macam menyanyi lagu hip hop plak..laparnye..semoga bertemu dilain entry :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...