Tuesday, March 31, 2009

Rahsia Hati Sofia ..email from kak Naz...

Email ini dari kak Naz penulis buku Lili Buat Najah...


Assalammualaikum para sahabat Tinta Hati,Ingin dikongsikan khabar gembira ini dengan semua kelahiran buah hati kedua saya, Rahsia Hati Sofia. Ia akan dijual bermula 17 April ini bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC sehingga 26 April nanti. Jualan secara online dari laman sesawang Jemari Seni akan bermula pada 27 April.Bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh membuat pesanan RHS lengkap dengan TT, bermula 20 April 2009. Pengeposan akan dibuat dalam masa seminggu selepas menerima bayaran. Harga belian online ialah RM19.00 sahaja dengan pos percuma.


Salam Sayang,Nazurah Aishah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah… Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
+ + +
NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!
Tak sabar rasanye nak tunggu novel ni..so bulan ni ku akan simpan budget untuk beli novel ni..besenye setiap bulan ku akan beli novel..bulan ni kena beli lambat sket demi mu kak NAZ..hopefully leh jumpa kat pesta buku k..daaadaaa..
sambung wat keje..

1 comments:

Cek Ungu said...

okie..
saye pon tak saba nk pinjam dari akak..kwang kwang kwang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...