Saturday, January 9, 2010

menu hari ini:)


Ayam black papper

Bahan-bahan
  1. bawang merah dan putih secukup rasa
  2. kicap
  3. sos tiram
  4. minyak
  5. air
  6. 1/2 cawan tepung gandun/tepung jagung
  7. ayam
  8. black papper secukup rasa
  9. garam dan gula secukup rasa
cara-cara

  1. gaul ayam dengan garam kemudian goreng ayam terlebih dahulu
  2. tumis bawang sampai kekuningan
  3. masuk kicap dan sos tiram
  4. letakkan sedikit air
  5. letak garam dan gula secukup rasa
  6. amik tepung dan air. kacau sampai takde ketulan. kemudian masukkan dalam campuran yang sedang ditumis. (tepung ni untuk pekatkan kuah)
  7. kacau dan bila dah agak pekat masukkan black papper secukup rase
  8. last sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
  9. kemudian makanla apa lagi..haha:)



Kerabu pucuk paku citarasa Hajah Rokiah:)

Bahan-bahan

  1. Seikat pucuk paku
  2. bawang merah secukup rasa
  3. ikan bilis
  4. cili padi secukup rasa
  5. kerisik
  6. santan
  7. Limau kasturi
  8. garam secukup rasa
  9. black papper secukup rasa

Cara-Cara

  1. tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis
  2. racik dan celur pucuk paku. kemudian toskan airnya
  3. perah kelapa ngan air suam untuk mendapatkan santan
  4. campurkan bahan yang telah ditumbuk kedalam pucuk paku yang telah ditoskan. kemudian masukkan santan yang telah diperah. masukkan kerisik, garam n balck papper secukup rasa. perahkan limau kasturi.
  5. gaul sehingga rata..
  6. sedia untuk dimakan...

inila aktiviti hari ini..busan takde buat apa..masakla..kalo hari kerja usah harap nak rajin macam ni..kebetulan hari ni tak balik rumah mak..so masak yang ringkas2 je..tinggal pon berdua je..huhu..pada yang nak mencuba senang je..simple je resepi ni..resepi orang bujang..akceli dah busan asyik makan luar je..rajin bangun pagi p market arini..jumpe plak pucuk paku..ingat nak buat butter prawn tapi banyak sangat bahannyer..nanti cube plak lain kali:)

ok selamat mencube yer:)

Dyra

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...